Monday 21 February 2011

Tips mengurus bajet

Dalam menguruskan kewangan diri sendiri ataupun keluarga, beberapa aspek penting perlu diberi perhatian supaya ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Antara aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah : 

(1) Matlamat yang realistik
Anda hendaklah mempunyai matlamat yang realistik dan yakin boleh dicapai.Apabila matlamat yang ditetapkan tinggi, ia akan memberi tekanan kepada diri sendiri dan keluarga. Matlamat perlulah setanding dengan pendapatan yang diperolehi. Matlamat ini adalah penting kerana ia akan menjadi motivasi kepada diri sendiri dan menjadi kayu pengukur sejauh mana anda berjaya menguruskan kewangan anda.

(2) Tentukan keutamaan
Matlamat yang telah ditetapkan perlulah diberi satu jangka masa supaya dapat dicapai. Disamping itu, sumber dan usaha yang berterusan perlu diperuntukkan bagi mencapai matlamat ini.Tentukan keutamaan dalam usaha mencapai matlamat anda.Matlamat yang penting perlulah dicapai terlebih dahulu. Sebagai contoh anda ada  dua matlamat. Matlamat pertama anda ingin menukar kereta (dari kereta kancil kepada MPV ).Matlamat kedua anda ingin membeli rumah ( sekarang ni  hanya tinggal di rumah sewa ). Jadi rasa-rasa matlamat mane yang lagi penting ? Tepuk dada tanya selera...
.                                                 (Gambar hiasan )

(3) Simpan resit dan bil secara teratur
Hanya sedikit sahaja manusia di dunia ini yang mempunyai tabiat membawa  pen dan kertas ketika keluar rumah bagi mencatat perbelanjaan mereka. Agak-agak anda lah, adakah anda salah seorang dari  manusia yang sedikit tu? Kalo jawapannya "ya" tahniah buat anda.Tetapi bagi yang jawapannya "tidak " apa yang harus anda lakukan ialah sediakan satu kotak atau fail khas dirumah bagi menyimpan semua dokumen , resit dan bil perbelanjaan. Elakkan tabiat membuang dokumen-dokumen tersebut atau meletakkan dimerata tempat kerana anda mungkin tidak menemui dokumen itu apabila anda memerlukannya.Bagi perbelanjaan di kedai-kedai runcit atau di pasar yang tidak menyediakan resit, anda perlu merekod sendiri perbelanjaan tersebut.
(Gambar hiasan )
(4) Kenal pasti kehendak dan keperluan
Bagi anda yang ingin menambah kekayaan anda mestilah tahu membezakan antara kehendak dan keperluan. Berbelanja menggunakan kad kredit selalunya akan mendorong anda membeli barang bukan keperluan kerana anda tidak melihat jumlah wang yang sebenarnya anda belanjakan.

(5) Bajet bulanan atau tahunan
Penyediaan bajet yang konsisten bagi satu tempoh yang anda rasakan sesuai adalah amat penting. Sekiranya anda ingin melihat corak perbelanjaan mingguan anda, maka sediakan bajet untuk perbelanjaan seminggu. Sekiranya anda ingin melihat perbelanjaan bulanan maka sediakn bajet bulanan. Dengan ini anda dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih teliti sepanjang tahun.

(6) Berhati -hati dengan kad kredit dan hutang 
Berhutang akan menyebabkan anda terpaksa menangung bayaran faedah yang berganda. Jika tiada keperluan,elakkan membuat pinjaman.Sekiranya pinjaman terpaksa dibuat disebabkan oleh keadaan yang terdesak, usah terburu-buru. Buat perbandingan antara kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank supaya anda memilih tawaran yang terbaik.Berhati- hati dengan tawaran ansuran mudah,hadiah kupon ataupun mata bonus yang ditawarkan di pasaraya-pasaraya dan kad keahlian di pasaraya. Ianya bertujuan menggalakkan anda membeli lebih banyak daripada apa yang anda perlukan.

(7) Pelaburan
Penjimatan wang yang telah anda lakukan perlu diikuti dengan pelaburan yang menguntungkan. Sekiranya anda berani mengambil risiko, melabur dalam pasaran saham komersial mungkin menjadi pilihan. Saham yang berisiko tinggi menjanjikan keuntungan yang tinggi sekiranya anda dapat menguruskannya dengan bijak. Bagi yang tidak berani, anda bolehlah melabur dalam skim amanah saham seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan dan sebagainya. Pelaburan ini mungkin lebih selamat dan juga memberikan pulangan yang terjamin.

(8) Berbelanja kurang daripada pendapatan
Kunci kekayaan adalah berbelanja kurang dari pendapatan. Pastikan perbelanjaan bulanan anda adalah kurang berbanding pendapatan anda. Kebanyakkan orang yang menghadapi masalah kewangan datangnya daripada mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi.Ini disebabkan oleh mereka berbelanja mengikut kata hati kerana mereka merasakan mereka mampu membayar dan memiliki segala-galanya. Akibatnya, kemungkinan pendapatan mereka akan habis sebelum akhir bulan.

No comments:

Post a Comment