Thursday 21 April 2011

Wahai adam....

Wahai Adam… .
Sememangnya hawa adalah kaum yang lemah…
Kerana emosinya mudah berubah-ubah…
Mengikut perasaan, kurang berfikir
Hanya kerana perkara yang menyentuh perasaan…
Airmatanya mudah mengalir… .
Hatinya mudah tersentuh…
Jiwanya mudah berkecamuk… .

Namun begitu…Hatinya mudah dibentuk… .
Patuh mendengar kata… .
Disuruh melakukan kebaikan diikutnya…
Diajak ke arah kejahatan tidak mustahil juga dia menurutinya… .
Kerana… sesungguhnya iman wanita setipis rambutnya…
Mudah putus apabila ditarik
Cair apabila dibakar… .

Wahai Adam…
Bukan sukar untuk membawa Hawa melangkah Jannah…
Untuk meniti titianNya… .
Hanya sepantas kilat atau merangkak-rangkak
Tetapi mungkin juga Hawa tersungkur dari titian…
Lantas terdampar di dalam bara apiNya yang membara…

Wahai Adam…
Sesungguhnya Hawa tidak memerlukan janji manis…
Mahupun harta…
Ataupun intan berlian…
Hanya yang didambakan adalah…
Bimbingan… Kasih yang ikhlas Lillahi Ta’ala
Agar dia dapat mengumpul kekuatan dan keseimbangan
Untuk meniti titianNya itu…

Tetapi wahai Adam…
Tanyalah dirimu…
Apakah kau mampu melaksanakan impian Hawa
Yang tulus lagi suci
Kerana Hawa juga manusia biasa
Yang penuh sifat kasih sayang…

Mempunyai naluri untuk dicintai dan disayangi…
Oleh insan bernama Adam
Yang juga mencintaiNya setulus hati
Agar dapat dikongsikan rasa cinta itu…
Bersama-sama Hawa…
Demi mendapat keredhaanNya…
Juga nikmatNya yang tiada terhingga…

Wahai Adam…
Sedarlah akan tanggungjawabmu…
Luaskanlah ilmu untuk mengejar cinta Illahi nan satu
Memimpin Hawa mencapai impian itu…

Wahai Adam…
Setiap Hawa mempunyai fitrah dan fikrah yang berbeza…
Begitu juga dengan diriku…
Yang mempunyai beza hala tuju..

Wahai Adam…
Sekiranya benar katamu…
Cinta tidak mengenal rupa…
Begitu juga bagi diriku…
Cinta bagiku hanyalah untuk mendapat keredhaanNya…
Dan juga secebis kasih sebagai manusia darimu…

Wahai Adam…
Aku bukanlah Rabiatul Adawiyah..
Yang gah dengan cinta illahi nan satu
Hasratku hanya satu…
Agar diriku bertemu denganmu…
Seorang insan bernama Adam…
Dan secebis kasih yang hakiki… .
Mendorong keredhaanNya…
Yang menjanjikan syurgaNya… .
Aminnnn…


Saturday 26 February 2011

Doa untuk mudah dapat parking


Doa ni kakak saya yang ajarkan...dia kate kalau kita baca doa ni InsyaAllah pasti dapat tempat parking dengan mudah dengan syarat  doa ni mesti dibaca dengan penuh yakin. Emm...satu pengatahuan baru buat saya yang kurang pengetahuan dalam bidang  ni.Saya tanya kakak kalau tempat yang selalu sibuk,yang selalu banyak kereta, kalau kite baca ayat ni  mudah jugak ke nak dapat parking? Kakak kate cuba lah.(dalam hati dah tanam hajat nak cuba baca ayat ni di tempat yang sibuk). Suatu hari ditakdirkan saya ada urusan penting yang harus saya selesaikan di bank, saya pegi dengan seorang kawan...bile sampai je,mak aii banyaknya kereta...suasana time tu sangat-sangat la sibuk..kereta bersusun-susun...maka berputar-putarlah kami mencari tempat parking..tiba-tiba teringat dekat doa yang kakak ajarkan..apa lagi dengan sepenuh hati  terus mulut ni terkumat-kamit baca doa..huhuhu..tp tak nampak gak la parking kosong. Sebab dah tak jumpa parking saya pon terpaksa la buat double parking..saya suruh member tolong alihkan kalau-kalau ade kereta yang nak kuar..(nasib baik kawan saya tu ade lesen..hehehe..thanks my friend) tak sampai 5minit saya dalam bank ..kawan saya call,die kate die nak pegi kfc jap..kereta die dah parking dekat dengan bank yang saya berurusan tu..kuar-kuar je dah bleh nampak kereta...Subhanallah..saya terus terdiam..kalau nak ikut logik akal tak mungkin boleh dapat parking dengan mudah masa tu..mungkin berkat doa yang saya baca tu lah Allah telah permudahkan. Sekarang ni saya dah jadikan doa ni sebagai satu amalan...time nak cari parking je mesti saya baca doa ni..kompem dapat ..dengan syarat kite mesti sabar dan yakin. InsyaALLAH.


Amalan untuk kaya


* Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi kaya silalah mengamalkan bacaan seperti di bawah. Amalan ni saya dapat dari sebuah kitab yang di tulis oleh seorang ulama.( Nama penulis dah xingat..huhu). InsyaAllah mudah-mudahan  rezeki kita akan bertabambah-tambah selepas melakukan amalan ini.

waktu Subuh:
Hendaklah membaca Al-Faatihah sebanyak 21 kali pada waktu subuh

waktu Zohor:
Hendaklah membaca Al-Fatihah sebanyak 22 kali pada waktu zohor

waktu Asar:
Hendaklah membaca Al-Fatihah sebanyak 23 kali pada waktu asar

waktu Maghrib:
Hendaklah membaca Al-Fatihah sebanyak 24 kali pada waktu maghrib

waktu Isyak:
Hendaklah membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali pada waktu isyak.


10 Adab berdoa



Apabila ingin memohon sesuatu yang dihajati kepada Allah s.w.t hendaklah kamu melakukan doa itu sebaik-baiknya dengan memelihara adab-adab doa seperti di bawah ini.

1) Pada waktu-waktu yang mulia (afdal) seperti hari Jumaat, hari Arafah,bulan Ramadhan dan waktu satu pertiga sebelum berakhirnya malam.


2)Dalam keadaan yang mulia seperti kita sedang bersujud dalam sembahyang, sebelum dan sesudah menunaikan solat,ketika hati berasa tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.


3) Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri pada-Nya bersunguh-sungguh kepada Allah s.w.t


4)Berdoa dalam kedudukan menghadap kiblat


5) Memuji kebesaran Allah s.w.t sebelum berdoa. " selayaknya doa itu dimulai dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga." ( Hadis an-Nawawi)


6) Merendahkan suara iaitu dengan menggunakan suara yang perlahan agar samar-samar dari pendengaran orang di sisi kita


7) Menggunakan kata-kata yang sederhana ,sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dalam doa tersebut. Sebaik-baiknya menggunakan doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w


8) Khusyuk agar jiwa kita yang halus ini sentiasa merasai kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t


9) Ulangi doa yang dihajati sebanyak dua atau tiga kali dengan harapan Allah s.w.t akan memakbulkannya.


10) Yakin doa itu akan diperkenankan oleh Allah s.w.t dan reda jika Allah tidak memakbulkannya.

Petua mencantikkan kening

Setiap wanita inginkan bulu kening yang cantik dan tersusun tanpa perlu dicukur. Semoga petua ini dapat membantu kamu merealisasikan hasrat kamu untuk memiliki kening yang cantik.Caranya mudah sahaja. Kamu perlu mengambil beberapa helai daun lidah buaya dan kemudian ramaskan sehingga keluar lendirnya. Ambil lendir lidah buaya tersebut dan sapukannya di kening pada setiap malam.

Petua menghilangkan tahi lalat

Buat kamu yang risau dengan tahi lalat hidup di wajah, bolehlah mencuba cara ini tanpa mengeluarkan belanja yang tinggi. Kamu hanya perlu mengambil buah nanas ataupun limau purut dan kemudian kisarkan buah nanas ataupun limau purut itu. Buah yang telah dikisarkan itu diletakkan pada tahi lalat kamu yang hidup itu. Lakukan tiga hari sekali sehingga tahi lalat itu jatuh ataupun mati sendiri. Amalkannya selalu. InsyaAllah akan mendapat hasilnya segera.

Monday 21 February 2011

ukur tahap kesihatan kewangan anda

Adakah tahap kewangan anda berada pada paras yang selamat ? Bagi mengetahui tahap kesihatan kewangan anda secara pintas sila jawab 11 soalan yang disediakan.Ia akan memberikan gambaran secara ringkas mengenai tahap kesihatan kewangan anda sekarang.Sila klik disini http://www.akpk.org.my/Home/SelfTest/tabid/109/Default.asp.Saya telah mencuba dan keputusannya adalah sangat memberangsangkan.Tahap kewangan saya sekarang berada pada tahap yang selamat.Anda bagaimana??? selamat mencuba.

Tips mengurus bajet

Dalam menguruskan kewangan diri sendiri ataupun keluarga, beberapa aspek penting perlu diberi perhatian supaya ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Antara aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah : 

(1) Matlamat yang realistik
Anda hendaklah mempunyai matlamat yang realistik dan yakin boleh dicapai.Apabila matlamat yang ditetapkan tinggi, ia akan memberi tekanan kepada diri sendiri dan keluarga. Matlamat perlulah setanding dengan pendapatan yang diperolehi. Matlamat ini adalah penting kerana ia akan menjadi motivasi kepada diri sendiri dan menjadi kayu pengukur sejauh mana anda berjaya menguruskan kewangan anda.

(2) Tentukan keutamaan
Matlamat yang telah ditetapkan perlulah diberi satu jangka masa supaya dapat dicapai. Disamping itu, sumber dan usaha yang berterusan perlu diperuntukkan bagi mencapai matlamat ini.Tentukan keutamaan dalam usaha mencapai matlamat anda.Matlamat yang penting perlulah dicapai terlebih dahulu. Sebagai contoh anda ada  dua matlamat. Matlamat pertama anda ingin menukar kereta (dari kereta kancil kepada MPV ).Matlamat kedua anda ingin membeli rumah ( sekarang ni  hanya tinggal di rumah sewa ). Jadi rasa-rasa matlamat mane yang lagi penting ? Tepuk dada tanya selera...
.                                                 (Gambar hiasan )

(3) Simpan resit dan bil secara teratur
Hanya sedikit sahaja manusia di dunia ini yang mempunyai tabiat membawa  pen dan kertas ketika keluar rumah bagi mencatat perbelanjaan mereka. Agak-agak anda lah, adakah anda salah seorang dari  manusia yang sedikit tu? Kalo jawapannya "ya" tahniah buat anda.Tetapi bagi yang jawapannya "tidak " apa yang harus anda lakukan ialah sediakan satu kotak atau fail khas dirumah bagi menyimpan semua dokumen , resit dan bil perbelanjaan. Elakkan tabiat membuang dokumen-dokumen tersebut atau meletakkan dimerata tempat kerana anda mungkin tidak menemui dokumen itu apabila anda memerlukannya.Bagi perbelanjaan di kedai-kedai runcit atau di pasar yang tidak menyediakan resit, anda perlu merekod sendiri perbelanjaan tersebut.
(Gambar hiasan )
(4) Kenal pasti kehendak dan keperluan
Bagi anda yang ingin menambah kekayaan anda mestilah tahu membezakan antara kehendak dan keperluan. Berbelanja menggunakan kad kredit selalunya akan mendorong anda membeli barang bukan keperluan kerana anda tidak melihat jumlah wang yang sebenarnya anda belanjakan.

(5) Bajet bulanan atau tahunan
Penyediaan bajet yang konsisten bagi satu tempoh yang anda rasakan sesuai adalah amat penting. Sekiranya anda ingin melihat corak perbelanjaan mingguan anda, maka sediakan bajet untuk perbelanjaan seminggu. Sekiranya anda ingin melihat perbelanjaan bulanan maka sediakn bajet bulanan. Dengan ini anda dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih teliti sepanjang tahun.

(6) Berhati -hati dengan kad kredit dan hutang 
Berhutang akan menyebabkan anda terpaksa menangung bayaran faedah yang berganda. Jika tiada keperluan,elakkan membuat pinjaman.Sekiranya pinjaman terpaksa dibuat disebabkan oleh keadaan yang terdesak, usah terburu-buru. Buat perbandingan antara kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank supaya anda memilih tawaran yang terbaik.Berhati- hati dengan tawaran ansuran mudah,hadiah kupon ataupun mata bonus yang ditawarkan di pasaraya-pasaraya dan kad keahlian di pasaraya. Ianya bertujuan menggalakkan anda membeli lebih banyak daripada apa yang anda perlukan.

(7) Pelaburan
Penjimatan wang yang telah anda lakukan perlu diikuti dengan pelaburan yang menguntungkan. Sekiranya anda berani mengambil risiko, melabur dalam pasaran saham komersial mungkin menjadi pilihan. Saham yang berisiko tinggi menjanjikan keuntungan yang tinggi sekiranya anda dapat menguruskannya dengan bijak. Bagi yang tidak berani, anda bolehlah melabur dalam skim amanah saham seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan dan sebagainya. Pelaburan ini mungkin lebih selamat dan juga memberikan pulangan yang terjamin.

(8) Berbelanja kurang daripada pendapatan
Kunci kekayaan adalah berbelanja kurang dari pendapatan. Pastikan perbelanjaan bulanan anda adalah kurang berbanding pendapatan anda. Kebanyakkan orang yang menghadapi masalah kewangan datangnya daripada mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi.Ini disebabkan oleh mereka berbelanja mengikut kata hati kerana mereka merasakan mereka mampu membayar dan memiliki segala-galanya. Akibatnya, kemungkinan pendapatan mereka akan habis sebelum akhir bulan.

ujian personaliti diri

Sila pilih corak di bawah yang anda rasa lebih dekat dengan hati anda. Corak –corak tersebut telah dicipta oleh ahli psikologi dan ianya telah diuji di peringkat global. Terdapat 9 jenis personality asas.



Jawapan:


(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)


1) Introspektif, Sensitif, Reflektif

Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2) Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3) Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4) Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5) Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6) Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendiri. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7) Tanpa Bimbang, kelakar, Riang
Anda suka hidup  bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepenuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda menganggap persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

(8) Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9) Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.